Thursday, March 20, 2008
Seri.. oh seri...
Semenjak bergelar anak dara, Seri merasa dirinyer sempurna dari semua aspek. Dia merasakan dia sudah tidak perlu lagi berdampingan atau berkepit ngan ibunya. Malu rasanya. Yer la seri dh rase dirinyer dh besar, dh cukup dewasa dari segala hal.. melawa jer kejenyer..segala hal rumahtangga tidak diendahkan lagi. Tugas dia sekarang hanya tau melawa, berangan dan bertukar-tukar baju mengalahkan artis.. nak kata lawa sesangat tu takde la.. boleh la.. kekadang orang kampung pun naik meluat, meluat tgok aksi anak dare sorang nih, cam anak dare tak laku,.. bebudak bujang pun hmm malas dh nk mengusik lagi, tergedik melebih naa.. tak tau la ape nk jadi ngan seri ni.. seri..oh..seri...
Wednesday, March 19, 2008
Bermula la..
Hmmm.. pelik zaman sekarang ni kan, bermacam-macam perkara yang tak elok dan bahaya terjadi. kadang-kadang takut nak keluar rumah. tak kira tua, muda, kanak-kanak terdedah kepada bahaya. Pelbagai keadaan yang menanti.. Terserah pada nasib kita keadaan yang kita lalui tu. (cam pelik jer ayat aku ni) aku teruskan..
Zaman dahulu takde plak cam gini, mungkin peredaran zaman. Zaman sekarang kan zaman teknologi moden. Tu yang karenah manusia pun bertukar jugak.(Karenah birokrasi pun termasuk jugak) Dan didikan ibubapa kepada anak masing-masing pun sudah lain. Lain? tak seperti zaman dahulu tok nenek moyang kita mengajar ibubapa kita. Macammana? cuba tanya pada mereka, dorang mesti bercerita dengan panjang lebarnya mengenai kehidupan mereka pada zaman mereka. Bagaimana mereka pergi ke sekolah, duit belanja sekolah, pakaian, kasut, kehidupan seharian mereka.. pergi la tanya. Memang la tak dinafikan jangan samakan zaman dahulu dan sekarang. Aku rasa lebih baik macam dahulu, yer la memang la perit (maksud aku yang kehidupannya susah) tapi... aku sambung sok jer la. aku dah ngantuk.. hehe..
Ya, Kali pertama.. pe ye.. hmmm... ni yg tgah aku fikirkan... tu la yg aku fikirkan( bape bnyk pk da..) maka tercipta la Dari segenap ruang fikiranku.. bermacam-macam perkara berlegar-legar di setiap genap kepala otak aku ni... sorry la hehe.. mungkin ayat aku ni tunggang langgang, ye la kali pertama.. ahaks... maafkan aku, ceewaaah.. takpe la ek... menimba pengalaman dulu la katakan... baru la jadi pro... aku memang suka berimaginasi... imaginasi aku ni luas sangat.. macam-macam aku imaginasikan.. dari diri aku sendiri sampaikan orang lain masuk dalam imaginasi aku.. mmg la.. (pelakon tambahan)
Orang kate la (tak tau plak saper org tu) berangan tu tak bagus, ye ke? ala pada aku tak salah kot berangan sebab tu hak masing-masing kan? imaginasi dan berangan lain ke? ntah la.. individu punya pendapat.. kat dunia ni kan macam- macam ragam manusia, yang mengkritik lain, menghina lain, memuji lain, menyokong lain, pendek kata segala macam 'men' la..tu la manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada (macam aku jugak) hehe..
Labels: tulip draft
Orang kate la (tak tau plak saper org tu) berangan tu tak bagus, ye ke? ala pada aku tak salah kot berangan sebab tu hak masing-masing kan? imaginasi dan berangan lain ke? ntah la.. individu punya pendapat.. kat dunia ni kan macam- macam ragam manusia, yang mengkritik lain, menghina lain, memuji lain, menyokong lain, pendek kata segala macam 'men' la..tu la manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada (macam aku jugak) hehe..
Labels: tulip draft
Subscribe to:
Posts (Atom)